kisah bermula dengan kematian mengejut arwah abah pada 14/12/2010. Aku tergesa-gesa pulang dari Melbourne,Australia.
Arwah abah ada ajar sikit-sikit pasal kebun ni..tapi aku tak ambik pusing...iyerlaa..
aku ni anak perempuan belajar tinggi pulak tu :P... dan aku pikir arwah abah masih muda dan kuat..lama lagi dia nak meninggalkan kami.
Itulaa kuasa Allah tiada satu mahluk pun tak boleh nak sekat kuasa dia..
nak tak nak kenalaa aku uruskan semua kebun arwah abah kerana adik beradik aku semua perempuan, dan akula anak yang paling lasak. Arwah abah selalu ajak aku pergi kebun...:) dia selalu kata "inilaa anak jantan abah :D"
hari ke 4 kematian arwah abah aku, semua adik-beradik aku terpaksa pulang menyambung tugas memasing, tinggal aku sorang menolong dan menghiburkan hati mak yang lara.
maklum aku masih cuti tanpa gaji...